Wednesday, July 16, 2008
Anwar dibebaskan dengan ikat jamin
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibebaskan pagi ini.
Beliau dilihat keluar bersama anggota keluarga dan peguamnya dengan kereta pada jam 9.45 pagi.
Beliau balik ke rumahnya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur dan dijangka mengadakan sidang akhbar pada jam 2 petang.
Anwar tidak menghadapi sebarang dakwaan tetapi diminta datang semula ke balai polis pada 18 Ogos depan.Awal pagi ini,Sankara memberitahu pemberita di luar ibupejabat polis Kuala Lumpur, tempat Anwar ditahan semalaman, bahawa mantan timbalan perdana menteri itu akan dibebaskan jam 1 petang.
Pada jam 9.30 pagi isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba bersama anak-anaknya dan masuk ke dalam bangunan IPK Kuala Lumpur. Sumber
Posted by admin at 7:58 PM 0 comments
Labels: Semasa
Thursday, July 3, 2008
AINA MARDIAH MENINGGAL : SESIAPA YANG ZALIM AKAN TETAP MENERIMA AZAB ALLAH
Berita sedih yang kita terima jam 6.25 petang semalam di mana Allahyarhamah Aina Mardiah Shahrial, 17 meninggal dunia setelah koma akibat terjatuh di rumahnya. Allahyarham merupakan anak mangsa kekejaman ISA kerajaan BN iaitu Shahrial Sirin.
Allahyarham dan keluarganya telah disiksa selama 7 tahun oleh kerajaan BN akibat penahanan tanpa bicara di bawah ISA ke atas ayahnya. Sudahlah ayahnya ditahan begitu lama, pada saat genting di mana beliau koma pun kerajaan terus menzalimi Allahyarhamah, ayahnya dan keluarganya apabila melengah-lengahkan proses kebenaran untuk ayahnya menziarahi beliau di saat Allahyarhamah sedang nazak.

Inilah sebuah kerajaan yang sangat zalim di mana pada ketika genting tentang soal sakit dan mati pun pemimpin kerajaan zalim ini masih tidak bertimbangrasa. Sudahlah mereka Allahyarhamah disiksa selama 7 tahun kerana dipisahkan dengan ayahanda tercinta, dibesarkan tanpa belaian ayahandanya, pada ketika beliau akan pergi buat selama-lamanya pun kerajaan Bn masih terus menzalimi beliau. Sampai hati kerajaan BN dan Menteri Dalam Negeri menyiksa beliau dan keluarganya sehingga ke tahap yang kita boleh katakan TIDAK WARAS.
Kita semua yakin KEZALIMAN yang sudah sampai ke kemuncak ini akan tetap mendapat BALASAN AZAB di sisi Allah kalau tidak di dunia sudah pasti di AKHIRAT akan dibalasNYA. Ingatlah kebaikan atau kejahatan sebesar ZARAH pun akan dikira dan dihitung oleh Allah dan akan diberi pembalasan setimpal.Posted by admin at 6:52 PM 0 comments
Labels: Komentar
Akuan Berkanun Balasubramaniam - Ujian Buat Abdullah
SEPULUH tahun dulu, ketika DSAI digugurkan dari Kabinet BN dan dilucutkan segala jawatannya dalam Kerajaan, Tun Mahathir yang ketika itu adalah Perdana Menteri telah memberitahu kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Kerajaan tiada pilihan selain dari menggugurkan Anwar Ibrahim kerana beliau ialah seorang peliwat. Kata Mahathir, negara tidak boleh menerima seorang peliwat yang mempunyai tabiat yang 'kotor' untuk menjadi pemimpin negara.
Beberapa ketika selepas itu, tersiar gambar besar Dr. Mahathir di muka hadapan Utusan Malaysia yang memaklumkan kepada rakyat Malaysia bahawa Mesyuarat Kabinet yang telah dipengerusikan pada malam sebelumnya telah secara sebulat suara (consences) bersetuju bahawa Anwar mesti di'buang' dari UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional.
Dan orang-orang besar itu bukanlah semuanya merupakan menteri atau pemimpin negara, tetapi ada diantara mereka yang berperanan disebalik tugas menteri sebagai penasihat rasmi atau tidak dalam mengatur perjalanan pentadbiran negara. Mereka menjadi cukup bimbang dan cemas apabila saat Anwar hampir melangkah naik ke kerusi PM, maka satu jalan terbaik untuk menghalang Anwar ialah mencipta satu agenda untuk mematikan terus karya politik beliau. Dan episod ini bermula dengan terbitnya Buku 50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM yang diletakkan kedalam beg setiap perwakilan yang menghadiri perhimpunan agung UMNO 1997.
Sendiwara itu telahpun berlalu 10 tahun dahulu. Apabila Anwar dibebaskan oleh pentadbiran Abdullah pada tahun 2003, menjelmalah satu-persatu dalil-dalil bahawa apa yang terjadi sejak tahun 1997 dan 1998 terhadap Anwar itu sebenarnya sengaja diada-adakan. Dan pada tahun 2007 Tun Mahathir sendiri mengakui bahawa Anwar tidak melakukan apa-apa kesalahan sebaliknya beliau telah dizalimi atas sebab politik.
http://www.youtube.com/watch?v=fjiRDR7DQK8
Kini setelah 10 tahun berlalu dan ketika kedudukan kerajaan BN bagaikan ditelur di hujung tanduk sejak keputusan PRU 12, sendiwara Kisah Liwat DSAI dicipta semula. Bukan sahaja Anwar malah rakyat kebanyakkan pun sudah muak dan malas untuk mendengarnya.
Sebenarnya ini semua dijelmakan tidak ada tujuan lainnya melainkan untuk menyelamatkan Kerajaan BN. Persoalannya mengapa perlu diselamatkan Kerajaan BN ini, jawabnya mudah - sebab kerajaan ini :-
1. Tidak mahu menerima hakikat bahawa ianya tidak lagi diterima rakyat.
2. Segala salah-laku, korupsi, rasuah dan jenayah politik serta jenayah ekonomi pemimpin-peminpin BN akan terbongkar kepada rakyat jelata.
Kini rakyat Malaysia dikejutkan lagi dengan pembongkaran Akuan Berkanun oleh Balasubramaniam, penyiasat bebas Abdul Razak Baginda yang juga adalah bekas pegawai polis yang bertugas dalam Cawangan Khas PDRM, terhadap Najib Tun Razak, TPM.
Antara pendedahan oleh Bala dalam Akuan Berkanunnya adalah:
25.1 Razak Baginda had been introduced to Aminah by Datuk Seri Najib Tun Razak at a diamond exhibition in Singapore.
25.2 Datuk Seri Najib Tun Razak informed AbdulRazak Baginda that he had a sexual relationship with Aminah and that she was susceptible to anal intercourse.
25.3 Datuk Seri Najib Tun Razak wanted Abdul Razak to look after Aminah as he did not want her to harass him since he was now the Deputy Prime Minister.
25.4 Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Razak Baginda and Aminah had all been together at a dinner in Paris.
25.5 Aminah wanted money from him as she felt she was entitled to a USD 500,000.00 comission on a submarine deal she assisted in Paris."
Bagi rakyat Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi sebagai PM mesti memandang serius akan dakwaan ini.
Balasubramanium tidak mengatakan bahawa segala dakwaan itu adalah benar tetapi melalui akuan berkanunnya itu, beliau cuma mendedahkan apa yang telah diberitahu oleh Abdul Razak Baginda dan Al-Tantuya kepada beliau. Terpulangah kepada pihak polis untuk menyiasat akan kebenaran dakwaan ini.
Ketika DSAI mula dilemparkan tuduhan liwat kali kedua melalui laporan polis oleh Saiful Bukhari 3 hari lalu, Abdullah Badawi berkata:-
“Kalau dah begitu pihak polislah kena ambil apa-apa tindakan yang wajar, laporan polis sudah dibuat dan polis yang akan membuat sisatan dan menentukan sama ada perkara itu betul atau tidak betul. Soal Datuk Seri Anwar apa yang dia nak kata, bukan sesuatu yang kita boleh tentukan. Dia tentulah buat penafian, lazimnya orang yang dituduh buat penafian tetapi kalau sudah ada bukti dan pihak polis akan siasat, siasatlah,” ujar beliau. – Utusan Malaysia :29/6/2008
Kini dakwaan seks telah dilakukan oleh Bala terhadap Najib. Apa tindakan Abdullah dalam perkara yang sama. Sebagai seorang PM yang memulakan tugasnya dengan bersajak " Aku Hidup Kerana Dia Rabbi", Abdullah mesti mengambil pendirian yang sama dalam perkara ini untuk mengarahkan PDRM menyiasat dakwaan ini.
Rakyat kini sedang menilai kewaibawaan Abdullah dalam hal ini kerana kebanyakkan sudah dapat mengagak akan pilihan yang bakal diambil PM. Apakah PM berjuang untuk muslihat BN atau untuk kepentingan rakyat?
Posted by admin at 6:51 PM 0 comments
Labels: Komentar
Najib tertelan kapal selam
Najib yang membuat penafian mengenali Saiful, anak bujang yang mendakwa kena liwat, berkata, Saiful datang ke kediamannya dalam keadaan trauma menemui beliau beberapa hari sebelum membuat laporan polis mendakwa diliwati Anwar.
Saiful kononnya menemuinya untuk mendapat bantuan. Bantuan bagaimana, tidaklah pula Najib perjelaskan. Samada bantuan kecemasan atau mungkin juga bantuan 'keemasan'. Hanya Najib dan komplot konspirasinya saja yang tahu.Najib tidak kenal Saiful; tapi bagaimana Saiful tiba-tiba boleh datang menemuinya dan menceritakan suatu kisah pengalaman yang sangat mengaibkan dirinya sendiri ? Ah! Adakah semudah itu seseorang yang dikatakan dalam ‘trauma’ (bak kata Najib sendiri) tiba-tiba pergi menemui seseorang yang tidak dikenalinya dan mendedahkan pengalamannya kena liwat.
Banyak kes kejadian perkosaan atau perogolan dimana pihak simangsa biasanya akan berasa sangat malu dan hanya akan menceritakan kepada orang yang paling rapat dan sangat dikenali atau yang sangat dipercayainya ; seperti ibubapa sendiri, guru atau rakan paling rapat sebelum aduan dibuat di mana-mana balai polis. Bukan kah begitu lazimnya?
Tambahan pula kes liwat yang melibatkan seorang pria.Golongan lelaki yang lembut pun terasa aib nak menceritakan kepada orang sembarangan. Inilah istimewanya Najib dan Saiful berhubung isu ini.
Akan adakah lagi orang kena liwat atau rogol yang akan menemui Najib untuk minta pertolongan daripadanya? Ah! Najib! Susah benar orang ramai nak caya kelentong kamu itu. Mungkin kau sendiri kini yang sedang mengalami trauma hingga nampak sangat kau menggalabah!
Ada kemungkinan juga bahawa , kalau cerita Najib yang kononnya tidak pernah mengenali Saiful , tapi Saiful telah datang mengadapnya dan kita aplikasikan dengan wanita Mongolia yang diletupkan itu – bak kata Najib, dia tak kenal wanita itu ; tidak mungkinkah wanita tersebut pernah menemui Najib dimana-mana seperti mana yang dilakukan Saiful?
Kalau Saiful yang tidak dikenali Najib pun sanggup menceritakan suatu cerita yang sangat mengaibkan dirinya sendiri, agak-agaknya susah sangatkah wanita Mongolia itu menyerahkan keaibannya kepada Najib?
Mungkin bezanya ialah, Saiful minta bantuan tetapi Altantuya minta komisyen penjualan kapal selam.Nampaknya isu kapal selam akan turut menenggelamkan Najib kerana Najib seolah-olah tertelan kapal selam.
Posted by admin at 6:49 PM 0 comments
Labels: Komentar
Wednesday, July 2, 2008
Protes harga minyak atau Anwar

Tarikh himpunan Protes semakin dekat. Jumlah yang disasarkan adalah terlalu besar iaitu satu juta orang. Mampukah jumlah itu dikumpulkan dalam dua tiga hari ini? Sedar atau tidak, mobilisasi Protes tidak diambil pusing oleh kebanyakkan pihak dan perkara ini haruslah dipandang serius oleh semua pendokong Protes.
Petanda awal kegelisahan ini adalah pada 1 Julai lalu. Kenaikkan tariff baru elektrik langsung tidak dipedulikan oleh sesiapa. Semua ini melibatkan tembolok rakyat. Kemarahan rakyat kerana kenaikkan harga minyak dan elektrik harus dicanang, serta dibiarkan menguasai media.
Kita juga memandang serius pada isu liwat melibatkan Anwar Ibrahim. Ianya tengah hangat dan menguasai sebahagian besar dari media yang ada.
Saban waktu media dan rakyat tertumpu pada isu tersebut. Dan ternyata, perangkap ini menjadi hingga menyebabkan perjuangan membela hak 27 juta rakyat menjadi sepi lantaran fokus tertumpu pada Anwar.
Bukan salah Anwar, tetapi fokus kita harus lebih jelas dalam perhimpunan nanti. Maklumat tentang himpunan wajar dilipat gandakan. Populasi kehadiran wajar diusahakan, jika tidak ianya akan menjadi suatu himpunan yang membosankan.
Ramai yang ingin hadir untuk berdemontrasi. Semua ternanti-nanti akan solusi serta pelan membela rakyat yang ingin dihujahkan oleh para pimpinan. Semua ini akan menjadi suatu mimpi seadainya tiada satu pun usaha digerakkan bagi memobilisasi kehadiran rakyat.
Apa Tanggungjawab Anda?
Kepada sahabat-sahabat yang mengetahui himpunan ini, bantulah untuk menyebar luaskan maklumat program ini-
6 Julai 2008 - Ahad - Padang Timur (Sebelah Amcorp Mall) - 10 pagi
Jika tiada gangguan dari Polis, Himpunan akan berlanjutan hingga ke malam dan ucapan Pimpinan akan bersilih ganti dengan persembahan suara rakyat dari pelbagai latar budaya.
Pastikan anda hadir pada hari ahad nanti kerana ianya akan menunjukkan kekuatan rakyat dan ketegasan rakyat dalam menolak sikap degil Kerajaan yang enggan tarik balik keputusan naikkan harga minyak. Mari bersama kita cabar kerajaan…biar mereka dengar dan lihat bagaimana rakyat bersatu untuk hadapi mereka….
Bagaimana Isu Anwar?
Kalau hari ahad adalah untuk rakyat maka selayaknya ia kekal untuk itu. Isu Anwar memang suatu yang kita tidak akan biarkan.
Oleh itu, bagi mereka yang menyokong atau simpati pada Anwar anda bolehlah hadir beramai-ramai ke Masjid Kg. Baru esok (4 Julai 2008 ) untuk menyertai demontrasi aman menyokong Anwar.
Program ini akan berlangsung selepas solat Jumaat anjuran Ikatan Kebajikan Rakyat(IKRAR) dan reformis muda KeAdilan(AMK).
Ini adalah tempat yang sesuai untuk menunjukkan sokongan anda pada Anwar.
Semoga usaha dan kehadiran anda semua dalam kedua-dua program ini akan dipermudahkan Allah. Dan pastikan anda fokus dalam melakukan sesuatu agar kita dapat mencapai matlamat yang dihajati.
Posted by admin at 10:31 PM 0 comments
Labels: Artikel
Dakwaan liwat: Dua pertiga percaya bermotif 'bunuh' kerjaya politik Anwar'
Hampir 60 peratus golongan muda masyarakat Melayu negara ini beranggapan bahawa dakwaan liwat terbaru melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan menghalang kerjaya politik bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Kajian ringkas kendalian pusat penyelidikan pendapat umum tempatan, Merdeka Center menunjukkan hampir dua pertiga responden yang ditemui awal minggu ini,berusia dalam lingkungan 20-an, berpendapat dakwaan kedua dalam tempoh satu dekad itu bermotifkan politik.
Hanya 11 peratus responden yang tidak bersetuju bahawa isu terbaru yang menyelubungi Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berunsur 'pembunuhan kerjaya politik', kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian kepada mStar Online petang tadi.
Kata beliau, kajian itu melibatkan 225 responden Melayu yang ditemui Isnin dan Selasa lalu iaitu dalam tempoh dua hingga tiga selepas isu tersebut didedahkan oleh media massa.
"Ini kajian ringkas dan data diperoleh ketika isu ini masih baru lagi. Kajian ini akan dikembangkan dan ada kemungkinan pendapat dan pandangan responden boleh berubah berdasarkan perkembangan semasa," tambah beliau.
Kata beliau, kajian ini hanya mengemukakan dua soalan.
Berhubung soalan sejauh mana mereka percaya laporan mengenai isu berkenaan, seramai 49 peratus responden mengatakan tidak percaya sama sekali manakala enam peratus mengatakan bahawa mereka percaya dengan dakwaan itu. Seramai 34 peratus responden mengatakan tidak tahu manakala 11 peratus enggan menjawab soalan berkenaan.
Tahap peratusan ralat kajian adalah kira-kira 6.5 peratus.
Sabtu lalu pembantu khas Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis mendakwa beliau diliwat oleh bekas timbalan perdana menteri itu di sebuah apartmen mewah di Damansara Heights di sini pada 26 Jun lalu.
Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan itu dan berkata ia adalah konspirasi untuk menjatuhkan karier politiknya.
Posted by admin at 10:30 PM 0 comments
Labels: Artikel



