Wednesday, July 2, 2008

Protes harga minyak atau Anwar

a

Tarikh himpunan Protes semakin dekat. Jumlah yang disasarkan adalah terlalu besar iaitu satu juta orang. Mampukah jumlah itu dikumpulkan dalam dua tiga hari ini? Sedar atau tidak, mobilisasi Protes tidak diambil pusing oleh kebanyakkan pihak dan perkara ini haruslah dipandang serius oleh semua pendokong Protes.

Petanda awal kegelisahan ini adalah pada 1 Julai lalu. Kenaikkan tariff baru elektrik langsung tidak dipedulikan oleh sesiapa. Semua ini melibatkan tembolok rakyat. Kemarahan rakyat kerana kenaikkan harga minyak dan elektrik harus dicanang, serta dibiarkan menguasai media.

Kita juga memandang serius pada isu liwat melibatkan Anwar Ibrahim. Ianya tengah hangat dan menguasai sebahagian besar dari media yang ada.
Saban waktu media dan rakyat tertumpu pada isu tersebut. Dan ternyata, perangkap ini menjadi hingga menyebabkan perjuangan membela hak 27 juta rakyat menjadi sepi lantaran fokus tertumpu pada Anwar.

Bukan salah Anwar, tetapi fokus kita harus lebih jelas dalam perhimpunan nanti. Maklumat tentang himpunan wajar dilipat gandakan. Populasi kehadiran wajar diusahakan, jika tidak ianya akan menjadi suatu himpunan yang membosankan.

Ramai yang ingin hadir untuk berdemontrasi. Semua ternanti-nanti akan solusi serta pelan membela rakyat yang ingin dihujahkan oleh para pimpinan. Semua ini akan menjadi suatu mimpi seadainya tiada satu pun usaha digerakkan bagi memobilisasi kehadiran rakyat.

Apa Tanggungjawab Anda?

Kepada sahabat-sahabat yang mengetahui himpunan ini, bantulah untuk menyebar luaskan maklumat program ini-

6 Julai 2008 - Ahad - Padang Timur (Sebelah Amcorp Mall) - 10 pagi

Jika tiada gangguan dari Polis, Himpunan akan berlanjutan hingga ke malam dan ucapan Pimpinan akan bersilih ganti dengan persembahan suara rakyat dari pelbagai latar budaya.

Pastikan anda hadir pada hari ahad nanti kerana ianya akan menunjukkan kekuatan rakyat dan ketegasan rakyat dalam menolak sikap degil Kerajaan yang enggan tarik balik keputusan naikkan harga minyak. Mari bersama kita cabar kerajaan…biar mereka dengar dan lihat bagaimana rakyat bersatu untuk hadapi mereka….

Bagaimana Isu Anwar?

Kalau hari ahad adalah untuk rakyat maka selayaknya ia kekal untuk itu. Isu Anwar memang suatu yang kita tidak akan biarkan.

Oleh itu, bagi mereka yang menyokong atau simpati pada Anwar anda bolehlah hadir beramai-ramai ke Masjid Kg. Baru esok (4 Julai 2008 ) untuk menyertai demontrasi aman menyokong Anwar.

Program ini akan berlangsung selepas solat Jumaat anjuran Ikatan Kebajikan Rakyat(IKRAR) dan reformis muda KeAdilan(AMK).

Ini adalah tempat yang sesuai untuk menunjukkan sokongan anda pada Anwar.

Semoga usaha dan kehadiran anda semua dalam kedua-dua program ini akan dipermudahkan Allah. Dan pastikan anda fokus dalam melakukan sesuatu agar kita dapat mencapai matlamat yang dihajati.

0 comments:

Inilah Jawapan Mereka!

Inilah Jawapan Mereka!


Ini Budaya Kita!

Ini Budaya Kita!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP