Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Wednesday, July 2, 2008

Protes harga minyak atau Anwar

a

Tarikh himpunan Protes semakin dekat. Jumlah yang disasarkan adalah terlalu besar iaitu satu juta orang. Mampukah jumlah itu dikumpulkan dalam dua tiga hari ini? Sedar atau tidak, mobilisasi Protes tidak diambil pusing oleh kebanyakkan pihak dan perkara ini haruslah dipandang serius oleh semua pendokong Protes.

Petanda awal kegelisahan ini adalah pada 1 Julai lalu. Kenaikkan tariff baru elektrik langsung tidak dipedulikan oleh sesiapa. Semua ini melibatkan tembolok rakyat. Kemarahan rakyat kerana kenaikkan harga minyak dan elektrik harus dicanang, serta dibiarkan menguasai media.

Kita juga memandang serius pada isu liwat melibatkan Anwar Ibrahim. Ianya tengah hangat dan menguasai sebahagian besar dari media yang ada.
Saban waktu media dan rakyat tertumpu pada isu tersebut. Dan ternyata, perangkap ini menjadi hingga menyebabkan perjuangan membela hak 27 juta rakyat menjadi sepi lantaran fokus tertumpu pada Anwar.

Bukan salah Anwar, tetapi fokus kita harus lebih jelas dalam perhimpunan nanti. Maklumat tentang himpunan wajar dilipat gandakan. Populasi kehadiran wajar diusahakan, jika tidak ianya akan menjadi suatu himpunan yang membosankan.

Ramai yang ingin hadir untuk berdemontrasi. Semua ternanti-nanti akan solusi serta pelan membela rakyat yang ingin dihujahkan oleh para pimpinan. Semua ini akan menjadi suatu mimpi seadainya tiada satu pun usaha digerakkan bagi memobilisasi kehadiran rakyat.

Apa Tanggungjawab Anda?

Kepada sahabat-sahabat yang mengetahui himpunan ini, bantulah untuk menyebar luaskan maklumat program ini-

6 Julai 2008 - Ahad - Padang Timur (Sebelah Amcorp Mall) - 10 pagi

Jika tiada gangguan dari Polis, Himpunan akan berlanjutan hingga ke malam dan ucapan Pimpinan akan bersilih ganti dengan persembahan suara rakyat dari pelbagai latar budaya.

Pastikan anda hadir pada hari ahad nanti kerana ianya akan menunjukkan kekuatan rakyat dan ketegasan rakyat dalam menolak sikap degil Kerajaan yang enggan tarik balik keputusan naikkan harga minyak. Mari bersama kita cabar kerajaan…biar mereka dengar dan lihat bagaimana rakyat bersatu untuk hadapi mereka….

Bagaimana Isu Anwar?

Kalau hari ahad adalah untuk rakyat maka selayaknya ia kekal untuk itu. Isu Anwar memang suatu yang kita tidak akan biarkan.

Oleh itu, bagi mereka yang menyokong atau simpati pada Anwar anda bolehlah hadir beramai-ramai ke Masjid Kg. Baru esok (4 Julai 2008 ) untuk menyertai demontrasi aman menyokong Anwar.

Program ini akan berlangsung selepas solat Jumaat anjuran Ikatan Kebajikan Rakyat(IKRAR) dan reformis muda KeAdilan(AMK).

Ini adalah tempat yang sesuai untuk menunjukkan sokongan anda pada Anwar.

Semoga usaha dan kehadiran anda semua dalam kedua-dua program ini akan dipermudahkan Allah. Dan pastikan anda fokus dalam melakukan sesuatu agar kita dapat mencapai matlamat yang dihajati.

Dakwaan liwat: Dua pertiga percaya bermotif 'bunuh' kerjaya politik Anwar'


aHampir 60 peratus golongan muda masyarakat Melayu negara ini beranggapan bahawa dakwaan liwat terbaru melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan menghalang kerjaya politik bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Kajian ringkas kendalian pusat penyelidikan pendapat umum tempatan, Merdeka Center menunjukkan hampir dua pertiga responden yang ditemui awal minggu ini,berusia dalam lingkungan 20-an, berpendapat dakwaan kedua dalam tempoh satu dekad itu bermotifkan politik.

Hanya 11 peratus responden yang tidak bersetuju bahawa isu terbaru yang menyelubungi Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berunsur 'pembunuhan kerjaya politik', kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian kepada mStar Online petang tadi.

Kata beliau, kajian itu melibatkan 225 responden Melayu yang ditemui Isnin dan Selasa lalu iaitu dalam tempoh dua hingga tiga selepas isu tersebut didedahkan oleh media massa.

"Ini kajian ringkas dan data diperoleh ketika isu ini masih baru lagi. Kajian ini akan dikembangkan dan ada kemungkinan pendapat dan pandangan responden boleh berubah berdasarkan perkembangan semasa," tambah beliau.

Kata beliau, kajian ini hanya mengemukakan dua soalan.

Berhubung soalan sejauh mana mereka percaya laporan mengenai isu berkenaan, seramai 49 peratus responden mengatakan tidak percaya sama sekali manakala enam peratus mengatakan bahawa mereka percaya dengan dakwaan itu. Seramai 34 peratus responden mengatakan tidak tahu manakala 11 peratus enggan menjawab soalan berkenaan.

Tahap peratusan ralat kajian adalah kira-kira 6.5 peratus.

Sabtu lalu pembantu khas Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis mendakwa beliau diliwat oleh bekas timbalan perdana menteri itu di sebuah apartmen mewah di Damansara Heights di sini pada 26 Jun lalu.

Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan itu dan berkata ia adalah konspirasi untuk menjatuhkan karier politiknya.

SUDAHKAH KITA BERSIAP UNTUK KE PJ 6 JULAI INI?

a

Hanya tinggal 3 hari lagi untuk kita semua mangsa kezaliman Umno untuk bersama-sama berangkat ke Padang Timur, Petaling Jaya, Ahad ini. Dengan siapa, dengan apa, pukul berapa kita pergi sepatutnya telah kita aturkan 'siang-siang'.

Kita semua faham perhimpunan ini amat penting untuk menunjukkan bahawa kita semua membantah keputusan kerajaan BN menaikkan harga minyak yang merupakan bala besar kepada seluruh rakyat Malaysia terutama rakyat marhaen yang miskin.

Bilangan peserta yang ramai akan membuktikan bahawa rakyat Malaysia memang peka dan sensitif dengan permasalahan diri sendiri dan orang lain. Bagi yang berpendapatan tinggi dan sederhana yang mana masih cukup makan pakai janganlah kita berpeluk tubuh dan merenung dari jauh sahaja. Walaupun kita masih boleh bertahan dengan bala ini, tetapi kita mesti ingat ibubapa, saudara, adik beradik, kawan-kawan dan jiran kita masih ramai yang menderita akibat bala ini.

Semua ini angkara dan bahana kegagalan kerajaan BN memahami masalah rakyat akibat keborosan dan kecuaian mereka membelanjakan duit rakyat yang menyebabkan peruntukan untuk subsidi minyak dan bantuan lain tiris dan bocor tidak sampai kepada rakyat.

Ayuh mari sama-sama kita berganding bahu menyedarkan adik-beradik, saudara, kawan dan jiran untuk sama-sama hadir di Padang Timur, Petaling Jaya jam 10.00 pagi, 6 Julai ini.

Adakah Exercise Bersatu Aman Polis dan Tentera Bermaksud .............

aMengikut siaran Berita Buletin Utama TV3, malam tadi, satu EXERCISE BERSATU AMAN diantara pihak Polis dan Tentera, telah dan sedang diadakan, bermula di Lembah Kelang, secara berkala dari masa ke semasa, dan akan disusuli ke seluruh negara tidak lama lagi.

Ia bertujuan sebagai langkah awal dan persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan, terhadap keadaan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini.

Ini menurut siaran tersebut.

Cuma, ekoran dari tersiarnya berita tersebut, ianya telah menimbulkan tandatanya dan beberapa persoalaan dan kemusykilan kepada rakyat terbanyak, antaranya ;-

i.
Adakah slogan BN dalam PRU-12 yang lalu, Selamat, Aman dan Sejahtera sudah tidak boleh dipakai lagi ?

ii.
Adakah ini bermakna, Pak Lah dan seluruh jenteranya, percaya dan mengakui bahawa kerajaan UMNO/BN akan TUMBANG sedikit masa nanti ?

iii. Adakah latihan ini merupakan satu ancaman terus dan langsung kepada rakyat terbanyak, ekoran kebangkitan secara menyeluruh di seluruh negara, desa dan kota, ceruk kampung, menyatakan tentangan kepada pemerintah yang ada pada hari ini, khususnya KOSPIRASI terbaru kerajaan UMNO/BN terhadap DSAI khususnya dan Pakatan Rakyat amnya ?

iv.
Adakah ini merupakan satu UGUTAN terhadap rakyat terbanyak yang memperjuangkan keadilan ?

v. Adakah ini adalah satu percubaan untuk MENAKUT –NAKUTKAN rakyat ?

vi.
Adakah ini merupakan satu percubaan UMNO/BN bagi menghalang kebangkitan rakyat yang telah membuat pemilihan yang betul, bagi menggantikan kerajaan yang sedia ada ?

vii. Adakah ini merupakan satu TEKANAN kepada rakyat yang telah mula sedar dan celik serta tahu semua penipuan kerajaan UMNO/BN selama 50 tahun lalu ?

viii. Adakah ini adalah kemuncak kepada perancangan jahat UMNO/BN dalam memperalatkan seluruh jentera kerajaan bagi menghalang rakyat menyatakan yang hak ?

ix.
Adakah ini merupakan antara pilihan – pilihan terakhir Pak Lah, DS Najib, UMNO dan BN dalam memperlahankan kejatuhannya ?

x. Adakah kerajaan UMNO/BN akan membanjiri negara ini dengan DARAH pejuang – pejuang dari rakyatnya sendiri, yang memperjuangkan keadilan untuk rakyat semua dan negara berkebajikan ?

Rakyat amat yakin, UMNO/BN dapat ditumbangkan, walaupun seluruh jentera dan kekuatan kententeraan digunakan, bagi menghalang rakyat memilih pemimpin yang adil, jujur dan iklhas.

Tuesday, July 1, 2008

NAJIB DAN ROSMAH SEMAKIN PANAS... ADA PIHAK KETIGA TERLIBAT DI BELAKANG SAIFUL?

aNampaknya sejak laporan kes li*at Anwar Ibrahim dibuat 28 Jun lalu, bukan sahaja Anwar yang bersusah payah mempertahankan dirinya kini Najib dan Rosmah pula yang semakin tidak tidur nyenyak. Manakan tidak Anwar semalam membuat kenyataan bahawa Saiful sangat rapat dengan Najib dan Rosmah.

Kenyataan Anwar ini semakin memperlihatkan bahawa Najib dan Rosmah terlibat dengan kerja terkutuk memfitnah orang dengan tuduhan yang sangat berat ini.

Penasihat PKR itu mendakwa lagi Mohd Saiful Bukhari Azlan beberapa kali bertemu Rosmah Mansor, selain rapat dengan Datuk Seri Najib Razak dan pegawai khasnya Khairil Anas Yusof.

"Saiful Bukhari mempunyai hubungan yang rapat dengan Khairil Anas, Rosmah dan Najib. Beliau bertemu berulang kali dengan Khairil Anas dan Rosmah," katanya."Beliau bukan pegawai peribadi saya. Beliau mempunyai hubungan yang kuat dengan Najib."

Mantan timbalan perdana menteri itu berkata beliau akan mendedahkan bukti dakwaannya dalam masa terdekat.

Kata-kata Anwar ini benar-benar mengecutkan perut Anwar dan Najib. Silap-silap haribulan dua-dua ini yang menerima padah.

Melihat kepada senario ini, ada pemerhati politik berpandangan bahawa isu li*at ini sebenarnya mempunyai serampang dua mata iaitu untuk menjatuhkan Anwar-Pembangkang dan Najib. Jika ramalan dan telahan ini betul bermakna ada pihak ketiga yang bermusuhan dengan kedua-dua mereka iaitu Anwar dan Najib yang mencari kesempatan untuk memburuk-burukkan pemimpin ini.

Logiknya ada iaitu Anwar semakin hampir untuk merampasa Putra Jaya dan Najib dikatakan mungkin akan bertanding jawatan Presiden Umno. Maka dari teori ini anda mungkin boleh berfikir siapa di belakang isu ini ..........(untuk menambahkan koleksi orang-orang yang mungkin terlibat di belakang Saiful - sebelum ini orang tuduh Najib sekarang tambah seorang lagi )...SIAPAKAH ORANG ITU?

http://mutaligat.blogspot.com

Inilah Jawapan Mereka!

Inilah Jawapan Mereka!


Ini Budaya Kita!

Ini Budaya Kita!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP