Monday, June 30, 2008

PKPIM minta rakyat bertenang

 Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) meminta kepada semua rakyat Malaysia supaya tidak menimbulkan situasi huru hara ketika negara ditimpa fitnah yang besar sekali lagi. Tuduhan liwat terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim sekali lagi dicetuskan, sekaligus membuka ‘luka lama’ sepuluh tahun lepas.

PKPIM merasakan sudah cukup kita melalui situasi getir dan huru hara ketika fitnah liwat dilontarkan kepada individu Dato Seri Anwar Ibrahim. Perbuatan memfitnah tanpa menghadirkan bukti dan kenyataan yang kukuh merupakan perbuatan yang zalim dan menganiya orang.

Oleh kerana itu, Islam menekankan bahwa tuduhan liwat mestilah didatangkan dengan empat orang saksi dan bersumpah di mahkamah atas nama Allah, jika benar ataupun tidak melakukan perbuatan terkutuk itu. Perbuatan memfitnah merupakan dosa yang dasyat dalam Islam, kerana akhirnya boleh menimbulkan huru hara dalam masyarakat.

Perpecahan dan keamanan negara boleh tergugat akibat budaya fitnah menjadi ‘permainan’ politik pemimpin politik. Akhirnya nanti, wujud generasi yang berakar budaya fitnah dalam hidupnya. Makanya, jika budaya fitnah sudah mendarah daging, negara akan kucar kacir dan tidak aman.

PKPIM menggesa kepada pihak berwajb supaya melaksanakan tugas dengan adil dan amanah. Seharusnya laporan liwat terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim bukan satu- satunya isu orang kenamaan yang perlu diberi tumpuan besar. Malah banyak lagi kes melibatkan moral dan akhlak orang kenamaan lain yang turut sepatutnya disiasat. Isu rasuah, salah guna amanah rakyat, keruntuhan akhlak pemimpin dan sebagai tidak harus dipinggirkan.

PKPIM menyeru agar semua umat Islam dapat mendoakan yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia, supaya keadaan sekarang tidak berlanjutan menimbulkan suasana huru hara dan ketidakamanan.

MOHD HILMI RAMLI

Presiden

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Anjung Rahmat

Uniform Baru SB - Kenali Mereka

Kepada rakan-rakan yang bakal menyertai "rally 1 juta" pada 6hb. Julai ni.. sila ambil perhatian..a maklumat ni mungkin berguna untuk engkorang sebagai persediaan sebelum acara bersejarah tersebut....

Let's talk about SB... ikut pemerhatian aku & kawan-kawan seangkatan, para SB sekarang dah ada identiti & uniform baru & ini kami perhatikan sejak sabtu lepas dalam demo "peace walk". Kebanyakan SB sekarang sudah mula menyarung jersi baru mereka ala-ala jersi GERAMM & Protes... yup!!! depa dah start pakai baju merah jugak...

Sedikit petunjuk cara-cara mengenali SB-SB berhampiran engkorang :
- baju T.Shirt kaler putih atau merah berkolar( kebanyakannya jersi bola ).
- spek hitam.
- jam tangan ala-ala G-Shock.
- pakai cap.
- porch bag sangkut kat bahu & kepit bawah ketiak.
- hisap rokok Surya atau Sampoerna & pakai zippo.
- kalau engkorang bercakap ( hp ) depa ni akan berada disebelah kiri engkorang & mengadap berlawanan dengan engkorang ( senang nak dengar percakapan engkorang ).
- kalau engkorang sms depa akan mengintai-ngintai dari belakang.

Wokey... agaknya cukup kot serba sedikit maklumat tu buat engkorang.aku dok perati je depa-depa yang ada ciri-ciri ni semua 2-3 minggu ni & setakat ni orang-orang yang ada ciri-ciri macam ni la yang tak pernah kene tangkap kat mana-mana demo walaupun depa yang paling "hangat" sekali dalam demo.

Beringat sebelum kena. jangan dilayan provokasi "pejuang SB" nih... ingat no..!

Berjuang, berjuang, berjuang & terus berjuang!!!

http://perisikrakyat1.blogspot.com/

Saturday, June 28, 2008

Anwar dakwa laporan polis satu tindak balas

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata laporan polis yang dibuat terhadapnya yang mendakwa beliau telah meliwat seorang kakitanganya, adalah satu rekaan semata-mata.

Dalam satu kenyataannya awal pagi ini, Anwar percayai ia adalah ulangan daripada apa yang berlaku pada 1998 di mana dakwaan yang sama dilemparkan terhadapnya secara paksaan.

anwar quality hotel 270608 press conferenceKatanya, ia jelas merupakan satu percubaan terdesak regim Barisan Nasional (BN) untuk menyekat pergerakan rakyat Malayaia ke arah kebebasan, demokrasi dan keadilan.

Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang tadi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan tersebut dibuat.

PKR telah menghantar SMS mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu Anwar, Saiful Bahari petang semalam dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.

Ia menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.

Menurut kenyataan itu lagi, Anwar berkata laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk "menyerangnya" sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salahlaku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999.

Bagaimanapun, tegas Anwar, perbuatan tersebut tidak akan menghalang beliau daripada mendedahkan perkara itu kepada orang ramai.

Tegakkan keadilan

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat Malaysia menentang kuasa tekanan dari pihak kerajaan dalam tempoh beberapa hari dan minggu-minggu yang akan datang.

Anwar berkata, pihaknya menjangka pihak media, badan kehakiman dan pasukan polis akan dikawal oleh pihak eksekutif.

anwar quality hotel 270608 crowdSebagai susulan kepada pilihanraya umum 8 Mac lalu, Anwar menegaskan bahawa rakyat mesti meningkatkan kekuatan dan kesungguhan ke arah mencapai kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat.

Sementara itu, semakin ramai penyokong Anwar kini berkumpul di Hotel Quality Shah Alam awal pagi ini ekoran satu laporan polis oleh seorang kakitangannya yang mendakwa dilihat oleh Ketua Umum PKR itu.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa atau terbabit dalam perbuatan liwat.

Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman tersebut dan membebaskan Anwar.

Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.

Sumber Malaysiakini




Polis mula tahan peserta himpunan “Peace Walk” di Sogo

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - Pihak berkuasa polis bertindak menahan enam peserta himpunan aman membantah kenaikan harga minyak anjuran Geram yang berarak dari pelbagai lokasi sekitar Kuala Lumpur ke pusat membeli belah Sogo. ImageKeadaan kini semakin kecoh apabila polis dan FRU bertindak menghalang perarakan aman tersebut yang kini sedang melewati jalan raya di hadapan Sogo.

Mereka yang ditahan adalah kelompok himpunan yang berarak dari berbagai lokasi yang mula berarak sejak jam 3.00 petang tadi.

Mereka yang ditahan ialah Presiden Ikrar, Mustafa Mansor; Setiausa AMK Pusat, Zulfiqar Ali Arifin; Setiausaha Ikrar, Muhammad Hidhir Khalid; Setiausaha AMK Batu, Norsharizal Abd Razak; ahli Anwar Ibrahim Club (AIC), Mohd Herman Muhammad; dan ‘Bob’ juga ahli AIC. Mereka kini dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee untuk disoalsiasat. Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin turut berada di hadapan balai polis berkenaan.

Polis kini sedang sibuk menghalang pergerakan himpunan tersebut dimana lima trak FRU dengan kekuatan 50 orang polis ditugaskan bagi mengawal sekitar tempat himpunan aman tersebut.

Jurugambar Harakah, Wan Zahari Wan Salleh turut disoal siasat oleh seorang Pegawai Cawangan Khas (SB) berhubung gambar-gambar yang dirakamkan Wan Zahari.

ImagePihak SB tersebut meminta Wan Zahari agar menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya.

Peserta himpunan kini mula mengarahkan pergerakan ke Balai Polis berhampiran bagi memberi sokongan kepada mereka yang ditahan.

Geram mengadakan himpunan hari ini dalam siri kempen Perhimpunan Sejuta Rakyat pada 6 Julai nanti.

Program ini adalah permulaan bagi himpunan 6 Julai ini dengan kali ini ia dilakukan dengan program berjalan secara aman (Peace Walk).

Program anjuran Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm) itu akan disertai oleh generasi muda yang terdiri daripada AMK KeADILan, Pemuda PAS dan Pemuda DAP.

ImageSelain itu kumpulan NGO yang diterajui golongan muda seperti Karisma, PKPIM, Youth For Change, Dema dan Gamis menyertai program yang bertujuan membantah kenaikan harga minyak.

Perarakan tersebut bermula serentak di empat titik pertemuan iaitu di Ampang Park, Bukit Bintang, Puduraya dan PWTC menuju ke pusat membeli belah Sogo.

Hampir semua peserta memakai baju berwarna merah.

Kempat-empat tempat pertemuan ini disertai minima 50 orang anak muda yang bergabung dalam Geramm yang mengepalai himpunan ini.

Mengulas tindakan kasar pihak polis terhadap peserta himpunan itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad berkata, polis tiada berbincang langsung dengan peserta.

ImageUjarnya, tindakan yang dibuat polis secara tiba-tiba ini amat mengecwakan malah melambangkan betapa pasukan polis tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun.

Beliau juga kesal kerana himpunan baru sahaja bermula, namun polis menyekat dengan cara yang tidak bertamadun.

Begitupun beliau menyeru rakyat agar turun beramai-ramai pada 6 Julai ini bagi menunjukkan rasa marah terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga minyak tersebut./wann

Anda semua dijemput utk menyertai “Candle Light” untuk peserta Peace Walk Geramm Yang ditahan tegahari tadi, yang dijadualkan pada malam ini (28 jun 2008)

Butir-butir program :

Masa : 8/9 pm
Tempat : Balai Polis Dang Wangi(Depan Stadium Merdeka)
Tema : Merah (Pakaian berwarna MERAH)

Friday, June 27, 2008

'Peace Walk' menuju Sogo anjuran Geramm, hari ini jam 3.00 petang

Image
Kempen Perhimpunan Sejuta Rakyat pada 6 Julai nanti diteruskan dengan program berjalan secara aman (Peace Walk) yang akan diadakan hari ini bermula jam 3.00 petang di empat tempat pertemuan.

Program anjuran Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm) itu akan disertai oleh generasi muda yang terdiri daripada AMK KeADILan, Pemuda PAS dan Pemuda DAP.

Selain itu kumpulan NGO yang diterajui golongan muda seperti Karisma, PKPIM, Youth For Change, Dema dan Gamis dijangka menyertai program yang bertujuan membantah kenaikan harga minyak.

Sekretariat Geramm, Shamsul Iskandar Mat Akin dalam sidang media selepas demonstrasi aman di Masjid Negara hari ini menjelaskan program tersebut akan bermula serentak di empat titik pertemuan iaitu di Ampang Park, Bukit Bintang, Puduraya dan PWTC menuju ke pusat membeli belah Sogo. Semua peserta digalakkan memakai baju berwarna merah.

Katanya, Kempat-empat tempat pertemuan ini akan disertai minima 50 orang anak muda yang bergabung dalam Geramm.

Beliau yang juga Ketua AMK mengalukan masyarakat untuk ikut serta dalam 'Peace Walk' tersebut.

Image"Ini bukan demonstrasi tetapi merupakan berjalan kaki secara aman untuk memberikan kesedaran kepada rakyat. Dan apabila berkumpul di Sogo, kami akan mengedar risalah mengenai kesan kenaikan harga minyak serta ucapan daripada beberapa orang pimpinan kami," katanya.

Di samping itu katanya, pihaknya juga akan berusaha untuk mengumpul satu juta petisyen rakyat yang dilakukan secara online dan bertulis.

Katanya, orang ramai yang ingin melakukan petisyen secara online boleh melayari laman web Geramm di www.geramm.org.

Tambahnya, sejak seminggu petisyen tersebut dilancarkan, Geramm berjaya mengumpul 10,000 tanda tangan. Beliau menaruh keyakinan Geramm dapat mengumpul sejuta tanda tangan daripada rakyat seluruh negara sama ada secara online atau bertulis.

Sementara itu, Shamsul menegaskan pihaknya juga akan mengerahkan seluruh jentera Pemuda di peringkat negeri bagi mendapatkan tanda tangan daripada orang ramai dan akan diserahkan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim yang akan turut serta dalam perhimpunan 6 Julai nanti.

Image"Pada 7 Julai, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan membawa usul bantahan kenaikan harga minyak di parlimen berdasarkan bantahan sejuta rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad yang turut serta dalam sidang media tersebut menyatakan Pemuda PAS telah menggerakkan semua ahlinya terutama di Wilayah Persekutuan dan Selangor bagi memastikan sasaran sejuta rakyat tercapai dalam perhimpunan 6 Julai nanti.

Katanya, bermula esok Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan turun ke pasar malam di seluruh kawasan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kesan kenaikan harga minyak ini.

Dalam pada itu katanya, sehingga hari ini lebih 40,000 tanda tangan berjaya dikumpul Pemuda PAS.

Sementara itu, demonstrasi yang diserta 5,000 orang Masjid Negara berjalan aman tanpa sebarang kekecohan atau gangguan daripada pihak keselamatan.

Dalam pada itu, baju T Geramm berwarna merah turut dijual di perkarangan Masjid Negara dan mendapat sambutan orang ramai. - mns_


maklumat lanjut & untuk penempahan baju GERAMM: http://www.geramm.org/v1/

PR galakkan maksiat?


Selepas PR berjaya "menyawa ikankan BN ", maka orang UMNO terutamanya ( sebab aku tak dengar suara-suara sumbang dari puak parti-parti lain dalam BN ) bertanyakan kenapa PR lambat membanteras judi, membanteras kilang arak dan sebagainya.

Inilah dia UMNO yang bodoh dari muda sampai ke tua. Agaknya mak bapak keturunan UMNO ni banyak sangat kedarah rasuah. Darah mengalir dengan duit rasuah mana nak hasilkan anak-anak cerdik? Sama jugak lah macam kebanyakan anak polis yang bodoh belaka.

Aku taulah sebab bini aku Pengetua. Kebanyakan yang kena buang sekolah ialah anak polis. Aku tanya bini aku pasai apa ramai sangat anak polis...bini aku jawab senang saja " dah bapak macam setan, anak jadi hantu raya " serupalah jugak dengan geng UMNO. Bapa kedarah rasuah, anak kedarah rasuah, cucu dok standby nak tibai rasuah. Mana keturunan nak berkat?

Anyway bebalik kepada persoalan yang asal. Kenapa PR lambat membanteras judi, arak dan maksiat yang lain. Maksiat yang ditinggalkan oleh UMNO semenjak 50 tahun yang dulu. Maksiat yang berakar umbi seperti penyakit barah yang UMNO tanamkan dalam jiwa rakyat Malaysia. Mari kita balik kepada soalan polok dengan mengambil iktibar kisah Rasulullah dan pembinaan kaabah.

Kaabah yang asalnya yang dibina oleh Nabi Ibrahim berbentuk segiempat bujur bukan seperti segiempat tepat seperti sekarang .Kaabah yang asal termasuklah Hijr Ismail yang melengkong dihadapan kaabah. Ketika zaman Rasulullah berlakulah banjir besar yang menyebabkan kabah rosak teruk. Akhirnya kaabah dibina semula tetapi disebabkan kesuntukan kewangan, maka kaabah dibina berbentuk segiempat reform is muda sama dengan Hijr Ismail tertinggal diluar.

Apabila Rasulullah berhijrah dan selepas kemenangan menakluki kota Mekah, Rasulullah pernah menyatakan bahawa dia ingin untuk membina semula kaabah seperti asalnya iaitu empat segi bujur dengan satu pintu masuk dan satu pintu keluar. Serta merendahkan pintu kaabah. Itulah hasrat Rasulullah dan Rasullah boleh membinanya dengan mudah kerana baginda mempunyai keupayaan kewangan, kepakaran dan tenaga. tetapi kenapa baginda tidak membina semula kaabah seperti yang asal?

Itulah dia kepandaian Rasullah dan kebijaksaanya memanglah hebat. Baginda tidak membina semula kaabah selepas sahaja kemenangannya kerana baginda terfikir akan menimbulkan fitnah. Mungkin kalau baginda terus membina semula kaabah puak-puak kafir dan munafik akan menempelak baginda dengan tuduhan jahat. Mungkin mereka akan mengatakan Rasulullah ingin merobohkan kaabah. Tentulah puak-puak yahudi, mushrikin dan munafik menyebarkan berita ( sama seperti TV3 dan RTM ) mengatakan Rasulullah ingin meruntuhkan kaabah. Itulah perangai jahat puak-puak kafir. Sebab itulah Rasululah menangguhkan hasratnya sementara walaupun baginda mampu membuatnya.

Samalah dalam kes PR yang menangguhkan dulu penutupan kilang arak dan nite club seta tempat-tempat judi untuk mengelakkan fitnah yang akan timbul. kalau tutup kilang arak, TV3 akan mula tayangkan puak-puak UMNO mengeluh sebab tak boleh minum arak. Ditayang pulak ibubapa yang kononnya tak makan berbulan-bulan kerana anaknya yang kerja di kilang arak diberhentikan. Begitulah perangai puak-puak munafik dalam UMNO.

Jadi untuk mengelakkan fitnah yang lebih besar, maka judi dan kilang arak dibiarkan dulu beroperasi dan akan ditutup secara perlahan-lahan seperti yang dibuat oleh Kerajaan Keantan. Jadi kita jangan terikut-terikut dengan rentak puak munafik yang akan berusaha menggagalkan apa sahja hasrat murni PR.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
( sedap takbir semanjak PAS menang banyak kerusi dan UMNO kalah banyak kerusi )

Terkini : Berita dari DUN Perak

a
IPOH, 27 Jun :- Sidang yang bermula pada jam 9.00 pagi tadi seperti yang dijangkakan hangat dengan perbahasan dari wakil penyokong kerajaan dan BN berkaitan dengan tindakan wakil BN yang keluar dewan dalam persidangan dewan kelmarin.
Kebijaksanaan Yang DiPertua Dewan akhirnya setelah perang mulut dari kedua pihak yang berlanjutan sekitar setengah jam , akhirnya beliau dapat meneruskan agenda mesyuarat pada pagi ini dengan jawapan soalan lisan oleh YAB. Menteri Besar dan Ahli Majlis mesyuarat Kerajaan Negeri.

Dewan juga suatu masa hangat dengan perpatah yang disebutkan oleh wakil Sungai Rapat dianggap oleh wakil kerajaan sebagai menghina kaum India. Antara yang bangun membantah ialah wakil Titi Serong dengan menafikan alasan dari wakil pengkalan hulu yang mengatakan perpatah pukul ular yang dikaitkan dengan orang India masih tidak dibuang dari kamus.

Titi Serong menganggap ucapan wakil pembangkang adalah dalam dewan ini dan tidak ada kaitan dengan kamus. Ia adalah suatu penghinaan.

Pada suatu masa wakil pembangkang yang diwakili oleh Pengkalan Hulu mengugut untuk keluar dewan pada hari ini tetapi tidak dilaksanakan akhirnya walaupun tuntutan mereka tidak dilaksanakan oleh Yang Dipertua Dewan.

Sesi sekarang ialah ucapan pengglungan dari YAB Menteri Besar yang bermula pada jam 10.30 pagi.

Thursday, June 26, 2008

Teknik Bertengkar Secara Positif



Rasulullah bersabda, "Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga."

(Riwayat Anas Bin Malik)

Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi apa kata kalau saya katakan ‘orang yang beralah akan menang besar kemudiannya?’

Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee ‘Sedang lidah lagi tergigit’. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata ‘ok’ kepada isteri anda begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat diramalkan.

Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor."

(Riwayat Ibnu Mas’ud RA)

Dunia nak kiamat -pengkebumian satu kwsan 2 agama






Saya baru menerima kiriman email dari sahabat karib saya.Klau lah betul seperti mana yang kita lihat,alangkah malangnya penduduk yang beragama islam di Indonesia.Ape dah jadi ..? Inilah yang berlaku di Indonesia.Sebuah negara yang mengamalkan Pancasila.Apabila seorang ustaz bertanyakan kepada salah seorang penduduk di sana,"mengapa kubur orang islam dan kafir ditanam setempat?" Jawab mereka,"takkan lah malaikat tidak tahu bezakan kubur orang islam dan orang kafir?"

Wallahualam.....

Wednesday, June 25, 2008

Bukti Al Qur'an (UkuranManusia ZamanNabiHudAs)

Subhanallah. Dari milis tetangga. Semoga dapat menambah keimanan kita. Amin.

السلام عليكم ورحمه الله وبركاته
Baru-baru ini dalam kegiatan eksporasi gas digurun pasir diArab tenggara, ditemukan sebuah tengkorak dengan ukuran yang reformis muda sangat luar biasa.. Wilayah gurun pasir ini disebut juga sebagai wilayah kosong atau dalam bahasa Arab ??Rab-Ul-Khalee? ?. Penemuan ini ditemukan oleh tim ekspolari ARAMCO.

Seperti tertulis dalam Al-Quran bahwa Allah (SWT) pernah reformis muda menciptakan manusia dengn ukuran yang luar biasa. Mereka adalah kaum Aad dimana Nabi Hud (AS) diutus. Mereka sangat tinggi, besar dan kuat sebagaimana mereka mampu menumbangkan batang pohon hanya dengan menngunakan tangan. Kaum Aad kemudian membangkang perintah Allah (SWT) dan nabi dan mereka
melanggar batas-batas yang telah digariskan Allah (SWT)... Mereka kemudian dimusnahkan.

Orang-orang Saudia Arabia percaya bahwa tengkorak tersebut berasal dari kaum Aad. Pihak kemiliteran Saudi Arabia menutup seluruh wilayah tsb dan tidak mengizinkan seorangpun memasukinya kecuali reformis muda pihak ARAMCO.

Berita ini disimpan secara rahasia tetapi sebuah helikopter militer mengambil beberapa gambar dari udara dan kemudian salah satu
gambar tsb bocor keinternet di Saudi Arabia .

Perhatikan gambar tsb dan bandingkan ukuran dua lelaki yang sedang berdiri dengan ukuran tengkorak tsb.

MUKA NAJIB PUCAT KETIKA JAWAB SOALAN MEDIA

A
Muka Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak pucat lesi dan berubah ketika menjawab soalan media berhubung dakwaan dalam akaun bersumpah Raja Petra yang menyatakan mendakwa Rosmah bersama dua lagi berada di tempat kejadian sebelum wanita Mongolia itu diletupkan.

Nampak jelas Najib tidak senang dengan pertanyaan wartawan tentang dakwaan Raja Petra tersebut. Tidak perlulah Najib takut kalau 'Intan Payung'nya dan dirinya sendiri tidak bersalah. Difahamkan 'Intan Payung'nya telahpun dipanggil Polis untuk memberi keterangan.

Apa yang pasti teman rapatnya dan pengiringnya telah pun didakwa. Sehingga kini motif pembunuhannya masih menjadi tanda tanya orang ramai.


Raja Petra, dalam akuan bersumpahnya 18 Jun lalu, mendakwa Rosmah bersama dua lagi berada di tempat kejadian sebelum wanita Mongolia itu diletupkan. Najib dan isterinya beberapa kali menafikan pembabitan mereka dengan kes ini, yang masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

AKAUN BERSUMPAH RAJA PETRA di
SINI

Pengendali blog Malaysia Today itu juga mendakwa perdana menteri menerima maklumat tentang pembabitan tiga individu itu, termasuk Rosmah, dan menyerahkan laporan perisikan kepada menantunya dan juga naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Bagaimanapun, semalam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan ada menerima laporan bertulis daripada perisikan tentera mengenai mereka yang terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.Abdullah dilaporkan berkata: "Memang saya concern (dengan dakwaan Raja Petra). "Perbuatan Raja Petra itu tidak boleh diterima. Sebab apa yang dia nyatakan itu adalah sesuatu yang tidak betul.

"Terutamanya dalam surat itu (akuan berkanun Raja Petra) disebut yang saya dah diberi satu laporan mengenainya dari pihak perisikan tentera."Itu tak betul," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan jawatankuasa khas mempertingkatkan daya saing kelapa sawit di bangunan Parlimen.

Tuesday, June 24, 2008

PAK LAH 'MEMBUNUH' GOLONGAN NELAYAN DAN PETANI

a
Umum mengetahui keputusan pak lah menaikkan harga minyak bukan saja terbeban di bahu golongan pekerja makan gaji saja. Namun yang paling jelas lagi terbuka, polisi baru itu sangat membebankan golongan miskin dan berpendapatan rendah seperti kami golongan nelayan. Nelayan dan petani adalah ibarat hamba abdi yang dikerah dan dipaksa oleh keiginan untuk terus hidup dan meneruskan kehidupan dengan mencari rezeki di lautan luas dan menyambung nyawa demi sesuap nasi. Iulah ungkapan yang boleh ambe ungkapkan untuk golongan nelayan seperti ambe ni.
Ambe sebagai nelayan pesisir pantai di trg, amatlah sedih dengan peristiwa hitam ini. Sebagai mana hitamnya hati kj dan koncu2nya begitu lah peritnya ambe golongan nelayan menelan bulat-bulat keputusan pak lah menaikkan harga minyak sesuka hati dan kepala hotak dia. Rutin harian kami sebagai nelayan memang mermerlukan minyak, kerana itu lah nadi perjuangan kami di pesisir pantai, berjuang demi mencari sesuap nasi...bukan takde pilihan kami untuk mencari kerja lain...tapi sudah menjadi tradisi kami dan nenekmoyang kami lagi, profesion nelayan jadi pilihan.


Ramai kawan-kawan ambe tertanya-tanya kenapa ambe memilih nelayan sebagai sumber pencarian sedangkan ambe bukan takde kelulusan, ambe graduan dari KUSTEM yang kini berubah menjadi UMT dalam jurusan ijazah perikanan. Ambe masih ingat lagi pesan arwah datuk ambe yang juga nelayan, "cu jangan tinggalkan tradisi keluarga kita...nelayan menjadi darah daging kita", sebak rasanya bila ambe teringatkan kata2 tok ambe, tapi sekarang nie ambe dapat rasakan yang pak lah cuba 'membunuh' golongan miskin dan berpendapatan rendah mcm ambe nih.

Mula-mula jelas sekali dalam kenyataan beliau sebelum ni yang ingin membantu golongan petani dan nelayan, namun kini kian kabur. Biarlah ambe berterus terang, ambe dari dulu memang umno..dulu kini dan selamanya...ingat lagi ambe jasa-jasa beliau menyumbang sebuah bot dana kepada keluarga ambe, ketika tu ambe masih di menara gading...dan kini dengan bot dana itulah ambe harungi laut china selatan setelah bapa ambe keuzuran, ambe tak mahu biarkan ia tersadai di tepi pantai tanpa di manafaatkan. Biarlah ambe korbankan ijazah ambe supaya adik-adik ambe boleh menyambung pelajaran mereka di samping menjaga kedua-dua orang tua ambe. Kalau dulu bapa ambe perjudikan nyawa untuk ke laut, kenapa tidak ambe. Namun kini untuk kelaut bukan sesenang dulu, margin kenaikan harga adalah tidak setimpal dengan hasil yang ambe perolehi, ditambah pula dengan kenaikan harga barang lain, terpaksa ambe lupakan buat seketika untuk turun kelaut.

Dan masih lagi teriang-iang di telinga ambe di waktu zaman pok yeh dulu, yang dikatakan ingin membantu golongan petani dan nelyan...namun si derih derhaka ni jugalah yang membaham duit rakyat lebih kurang 2.2 billion kalau tak silap. Adakah duit itu digunakan untuk menjalankan projek pertani atau perikanan? dan Dimana projek-projek tersebut, adakah betul wujud atau pun ianya satu pembohongan?
p/s:next artikel i will write about 'projek' that 'help' our people in trg, insyaAllah

Media boikot liputan di lobi Parlimen

Petugas media di Parlimen tidak lagi dibenarkan membuat liputan berita di lobi Parlimen yang sebelum ini merupakan kawasan bagi menteri atau ahli Parlimen mengadakan sidang akhbar.

journalist media barred from parliament lobby area 240608 01Pihak media yang tiba seawal jam 9.30 pagi ini dilarang berada di kawasan itu oleh petugas keselamatan Parlimen yang menjelaskan ianya arahan pejabat pentadbiran Parlimen.

Wakil-wakil media dimaklumkan mereka hanya dibenarkan berada di satu sudut di hujung ruang lobi yang telah ditetapkan sebagai kawasan sidang akhbar.

Larangan yang berkuatkuasa hari ini bermakna wartawan tidak lagi dibenarkan berlegar di kawasan lobi, di hadapan bilik rehat ahli Parlimen serta pejabat-pejabat menteri.

Kawasan itu turut diawasi beberapa pengawal keselamatan Parlimen, demikian menurut laporan Bernama.

Perkara itu telah mendapat perhatian Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang telah meminta Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mempengerusikan sesi pertama persidangan hari ini supaya menarik balik larangan itu kerana ia menghalang tugas pengamal media.

"Saya menimbulkan perkara ini kerana saya telah menerima banyak aduan dari pihak media bahawa mereka telah dipinggirkan di luar dewan ke satu tempat yang agak terpencil di mana ia akan menjejaskan usaha mereka untuk menjalankan tugas," katanya.

'Tidak hormati media'

journalist media barred from parliament lobby area 240608 05Lim berkata menjadi tugas wartawan membuat liputan menteri dan mendapatkan penjelasan mengenai apa-apa dasar yang diumumkan di dalam dewan.

"Saya rasa tindakan ini tidak menghormati peranan yang dimainkan oleh media massa dan akan menjejaskan usaha mereka untuk menjalankan tugas, oleh itu saya ingin menyeru kepada Datuk Yang Dipertua kalau boleh membenarkan mereka menjalankan tugasnya dengan baik, lancar dan teratur tanpa sebarang sekatan.

"Ini kerana ia tidak memenuhi hasrat kebebasan akhbar dan juga semangat Parlimen. harap larangan ini boleh ditarik balik," katanya.

Wan Junaidi pula berkata peraturan itu dibuat hasil kata sepakat berikutan perbincangan antara beliau, Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan seorang lagi Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee, pada sesi Parlimen yang lepas bagi memastikan keadaan di lobi teratur dan terkawal.

"Keadaan kadang-kadang bercelaru di lobi, (dan) berlandaskan (perbincangan) itu, berkemungkinan keputusan dibuat dan diberi kepada pegawai untuk melaksanakannya," katanya.

Wan Junaidi berkata memandangkan perkara itu telah dibangkitkan oleh Lim di dalam dewan, ia akan dibincangkan semula dan keputusannya akan diumumkan oleh Pandikar Amin dalam masa terdekat.

journalist media barred from parliament lobby area 240608 04Jawapan Wan Junaidi itu menyebabkan Lim bangkit dan menyeru sekali lagi agar larangan itu dihentikan buat sementara waktu bagi menghormati peranan media yang banyak memberi sumbangan dalam membuat liputan persidangan.

Jumaat lalu, Parlimen turut mengeluarkan arahan mengehadkan hanya lima wartawan dari sesebuah organisasi media yang boleh membuat liputan persidangan "untuk tujuan keselamatan".

Berikutan itum, lebih 100 wartawan yang membuat liputan sidang Parlimen, telah mengadakan boikot.

Ini adalah kali pertama Parlimen menguatkuasakan peraturan seumpama itu. Tiada sebarang penjelasan diberikan kepada wakil-wakil media mengenai larangan tersebut.

journalist media barred from parliament lobby area 240608 06Protes para wartawan itu akan menjejaskan sidang akhbar yang diadakan oleh ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat Kuala Lumpur untuk membincangkan Draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur. Sidang akhbar itu dijadual diadakan di Parlimen pada jam 12.45 tengahari.

Sidang akhbar tersebut kemudiannya dipindahkan ke pusat media.

Bagaimanapun, wartawan di situ memberitahu ahli-ahli Parlimen berkenaan, bahawa mereka akan hanya melaporkan tentang sesi parlimen.

MP BN alih halangan

Bagaimanapun, keputusan tersebut tidak dapat diterima, malah oleh ahli-ahli Parlimen kerajaan sendiri.

Pada kira-kira jam 2.45 petang, beberapa orang penyokong kerajaan yang diketuai oleh Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) telah bertindak mengalihkan halangan tersebut.

Para wartawan bagaimanapun, tetap dengan keputusan mereka untuk meneruskan boikot kerana tidak ada pembatalan rasmi dari pihak pentadbiran Parlimen.

Apabila perkara tersebut dibangkitkan sekali lagi oleh Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) ketika sesi perbahasan petang, Speaker Pandikar Amin mempertahankan tindakan tersebut dan membidas wakil rakyat pembangkang yang membangkit isu tersebut.

Beliau bertanya kepada Guan Eng dan Fong sejak bila mereka berminat menjadi editor dan sama ada mereka yang memakai kad akhbar itu, benar-benar wartawan.

Menurut Speaker, beliau sedang menunggu reaksi dari pertubuhan media terhadap 'pertanyaannya' sama ada sesuai untuk menguatkuasakan peraturan yang menghadkan hanya lima wartawan sahaja dari setiap media membuat liputan sesi Parlimen.

Bagaimanapun, salinan notis yang dihantar kepada pertubuhan media minggu lalu, secara jelas menyatakan bahawa Parlimen telah memutuskan setiap akhbar hanya dibenarkan menghantar lima orang wartawan.

Selain wartawan, pembantu dan setiausaha akhbar kepada ahli-ahli parlimen juga tertakluk kepada peraturan keselamatan yang ketat - mereka tidak lagi dibenarkan mengedar kenyataan akhbar ke pusat media, tempat wartawan menyediakan dan menghantar berita mereka.

Hanya ahli Parlimen dibenarkan berbuat demikian, kata pegawai Guan Eng - Lim Swee Kuan - yang diarahkan oleh anggota keselamatan supaya meninggalkan pusat media.

Sidang akhbar PM terjejas

Protes tersebut turut menjejaskan sidang akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dari Kuala Lumpur.

Abdullah mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kabinet mengenai daya saing minyak kelapa sawit di banguna Parlimen manakala Najib pula mempengerusikan dua mesyuarat, termasuk mesyuarat pengurusan Umno.

Manakala ahli Parlimen Pakatan dari Kuala Lumpur pula mahu mengadakan sidang akhbar mengenai draf pelan bandaraya KL.

Bagaimanapun, kesemua sidang akhbar tersebut diboikot oleh para wartawan. Hanya agensi berita nasional, Bernama menghantar wartawannya membuat liputan di sidang akhbar terbabit.

Selepas mendapat tahu mengenai boikot tersebut, ahli-ahli Parlimen Pakatan pergi ke pusat media untuk mengadakan sidang akhbar mereka, tetapi diberitahu bahawa para wartawan hanya akan melaporkan sesi Parlimen sahaja.

Manakala majlis pelancaran lamanweb rasmi kerajaan 'Myblog.my" oleh Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, yang dijadualkan diadakan di lobi Parlimen pagi esok, telah ditangguhkan ke tarikh lain ekoran boikot tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, enggan mengulas, apabila ditanya mengenai larangan tersebut.

Sebaliknya, Nazri berkata beliau hanya menjadi orang tengah dan tidak terbabit dalam hal tersebut.

NUJ bingung

Sementara itu, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) mendesak supaya larangan terhadap media itu ditarik balik dan wartawan dibenarkan bebas bergerak di Parlimen.

Presidennya, Norila Mohd Daud berkata, kesatuan itu menyifatkan larangan tersebut sebagai satu langkah yang tidak produktif dan boleh menyebabkan pihak media tidak dapat memberi liputan sepenuhnya terhadap sidang Parlimen.

Norila berkata peraturan larangan tersebut membingungkan dan tidak rasional kerana "Parlimen merupakan simbol demokrasi".

Sumber

Inilah Jawapan Mereka!

Inilah Jawapan Mereka!


Ini Budaya Kita!

Ini Budaya Kita!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP