Showing posts with label Program Terkini. Show all posts
Showing posts with label Program Terkini. Show all posts

Tuesday, July 1, 2008

Anwar di Stadium Melawati Shah Alam malam ini

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dijadualkan berceramah dalam satu perhimpunan besar-besaran yang akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam, malam ini 1 Julai 2008.

Menurut Naib Presdien Keadilan, Azmin Ali, dalam ceramah tersebut, Anwar akan menjelaskan kedudukan dirinya dan situasi politik semasa.

Katanya lagi, semua pimpinan KeADILan Pusat akan hadir pada majlis tersebut dan beliau juga mengingatkan orang ramai supaya tidak runsing mengenai keselamatan.

"Dato' Seri Anwar Ibrahim sehingga kini masih lagi menjadi Ketua Umum Parti KeADILan," kata Azmin yang ditemui di lobi Parlimen pagi ini.

Mengenai pilihan raya kecil yang melibatkan Anwar, Azmin berkata ia masih belum diputuskan oleh parti tersebut berhubung bila ia akan diadakan.

Namun demikian katanya, beberapa orang ahli parlimen KeADILan telahpun bersedia memberikan laluan kepada Anwar.

Saturday, June 28, 2008

Polis mula tahan peserta himpunan “Peace Walk” di Sogo

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - Pihak berkuasa polis bertindak menahan enam peserta himpunan aman membantah kenaikan harga minyak anjuran Geram yang berarak dari pelbagai lokasi sekitar Kuala Lumpur ke pusat membeli belah Sogo. ImageKeadaan kini semakin kecoh apabila polis dan FRU bertindak menghalang perarakan aman tersebut yang kini sedang melewati jalan raya di hadapan Sogo.

Mereka yang ditahan adalah kelompok himpunan yang berarak dari berbagai lokasi yang mula berarak sejak jam 3.00 petang tadi.

Mereka yang ditahan ialah Presiden Ikrar, Mustafa Mansor; Setiausa AMK Pusat, Zulfiqar Ali Arifin; Setiausaha Ikrar, Muhammad Hidhir Khalid; Setiausaha AMK Batu, Norsharizal Abd Razak; ahli Anwar Ibrahim Club (AIC), Mohd Herman Muhammad; dan ‘Bob’ juga ahli AIC. Mereka kini dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee untuk disoalsiasat. Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin turut berada di hadapan balai polis berkenaan.

Polis kini sedang sibuk menghalang pergerakan himpunan tersebut dimana lima trak FRU dengan kekuatan 50 orang polis ditugaskan bagi mengawal sekitar tempat himpunan aman tersebut.

Jurugambar Harakah, Wan Zahari Wan Salleh turut disoal siasat oleh seorang Pegawai Cawangan Khas (SB) berhubung gambar-gambar yang dirakamkan Wan Zahari.

ImagePihak SB tersebut meminta Wan Zahari agar menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya.

Peserta himpunan kini mula mengarahkan pergerakan ke Balai Polis berhampiran bagi memberi sokongan kepada mereka yang ditahan.

Geram mengadakan himpunan hari ini dalam siri kempen Perhimpunan Sejuta Rakyat pada 6 Julai nanti.

Program ini adalah permulaan bagi himpunan 6 Julai ini dengan kali ini ia dilakukan dengan program berjalan secara aman (Peace Walk).

Program anjuran Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm) itu akan disertai oleh generasi muda yang terdiri daripada AMK KeADILan, Pemuda PAS dan Pemuda DAP.

ImageSelain itu kumpulan NGO yang diterajui golongan muda seperti Karisma, PKPIM, Youth For Change, Dema dan Gamis menyertai program yang bertujuan membantah kenaikan harga minyak.

Perarakan tersebut bermula serentak di empat titik pertemuan iaitu di Ampang Park, Bukit Bintang, Puduraya dan PWTC menuju ke pusat membeli belah Sogo.

Hampir semua peserta memakai baju berwarna merah.

Kempat-empat tempat pertemuan ini disertai minima 50 orang anak muda yang bergabung dalam Geramm yang mengepalai himpunan ini.

Mengulas tindakan kasar pihak polis terhadap peserta himpunan itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad berkata, polis tiada berbincang langsung dengan peserta.

ImageUjarnya, tindakan yang dibuat polis secara tiba-tiba ini amat mengecwakan malah melambangkan betapa pasukan polis tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun.

Beliau juga kesal kerana himpunan baru sahaja bermula, namun polis menyekat dengan cara yang tidak bertamadun.

Begitupun beliau menyeru rakyat agar turun beramai-ramai pada 6 Julai ini bagi menunjukkan rasa marah terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga minyak tersebut./wann

Anda semua dijemput utk menyertai “Candle Light” untuk peserta Peace Walk Geramm Yang ditahan tegahari tadi, yang dijadualkan pada malam ini (28 jun 2008)

Butir-butir program :

Masa : 8/9 pm
Tempat : Balai Polis Dang Wangi(Depan Stadium Merdeka)
Tema : Merah (Pakaian berwarna MERAH)

Friday, June 27, 2008

'Peace Walk' menuju Sogo anjuran Geramm, hari ini jam 3.00 petang

Image
Kempen Perhimpunan Sejuta Rakyat pada 6 Julai nanti diteruskan dengan program berjalan secara aman (Peace Walk) yang akan diadakan hari ini bermula jam 3.00 petang di empat tempat pertemuan.

Program anjuran Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm) itu akan disertai oleh generasi muda yang terdiri daripada AMK KeADILan, Pemuda PAS dan Pemuda DAP.

Selain itu kumpulan NGO yang diterajui golongan muda seperti Karisma, PKPIM, Youth For Change, Dema dan Gamis dijangka menyertai program yang bertujuan membantah kenaikan harga minyak.

Sekretariat Geramm, Shamsul Iskandar Mat Akin dalam sidang media selepas demonstrasi aman di Masjid Negara hari ini menjelaskan program tersebut akan bermula serentak di empat titik pertemuan iaitu di Ampang Park, Bukit Bintang, Puduraya dan PWTC menuju ke pusat membeli belah Sogo. Semua peserta digalakkan memakai baju berwarna merah.

Katanya, Kempat-empat tempat pertemuan ini akan disertai minima 50 orang anak muda yang bergabung dalam Geramm.

Beliau yang juga Ketua AMK mengalukan masyarakat untuk ikut serta dalam 'Peace Walk' tersebut.

Image"Ini bukan demonstrasi tetapi merupakan berjalan kaki secara aman untuk memberikan kesedaran kepada rakyat. Dan apabila berkumpul di Sogo, kami akan mengedar risalah mengenai kesan kenaikan harga minyak serta ucapan daripada beberapa orang pimpinan kami," katanya.

Di samping itu katanya, pihaknya juga akan berusaha untuk mengumpul satu juta petisyen rakyat yang dilakukan secara online dan bertulis.

Katanya, orang ramai yang ingin melakukan petisyen secara online boleh melayari laman web Geramm di www.geramm.org.

Tambahnya, sejak seminggu petisyen tersebut dilancarkan, Geramm berjaya mengumpul 10,000 tanda tangan. Beliau menaruh keyakinan Geramm dapat mengumpul sejuta tanda tangan daripada rakyat seluruh negara sama ada secara online atau bertulis.

Sementara itu, Shamsul menegaskan pihaknya juga akan mengerahkan seluruh jentera Pemuda di peringkat negeri bagi mendapatkan tanda tangan daripada orang ramai dan akan diserahkan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim yang akan turut serta dalam perhimpunan 6 Julai nanti.

Image"Pada 7 Julai, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan membawa usul bantahan kenaikan harga minyak di parlimen berdasarkan bantahan sejuta rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad yang turut serta dalam sidang media tersebut menyatakan Pemuda PAS telah menggerakkan semua ahlinya terutama di Wilayah Persekutuan dan Selangor bagi memastikan sasaran sejuta rakyat tercapai dalam perhimpunan 6 Julai nanti.

Katanya, bermula esok Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan turun ke pasar malam di seluruh kawasan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kesan kenaikan harga minyak ini.

Dalam pada itu katanya, sehingga hari ini lebih 40,000 tanda tangan berjaya dikumpul Pemuda PAS.

Sementara itu, demonstrasi yang diserta 5,000 orang Masjid Negara berjalan aman tanpa sebarang kekecohan atau gangguan daripada pihak keselamatan.

Dalam pada itu, baju T Geramm berwarna merah turut dijual di perkarangan Masjid Negara dan mendapat sambutan orang ramai. - mns_


maklumat lanjut & untuk penempahan baju GERAMM: http://www.geramm.org/v1/

Inilah Jawapan Mereka!

Inilah Jawapan Mereka!


Ini Budaya Kita!

Ini Budaya Kita!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP