Kes Anwar: Hakim putuskan pada 7 Okt
Pagi ini, Hakim SM Komathy Suppiah akan mendengar hujah dari pihak pendakwa dan peguambela sama ada kes tersebut boleh dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Dalam prosiding sebelum ini, pihak pendakwa memohon kebenaran untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.Bagaimanapun, pihak peguambela membantah notis pemindahan kes tersebut yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Mereka membantah kerana Peguam Negara tidak seharusnya memainkan sebarang peranan dalam kes ini kerana beliau sendiri sedang disiasat berhubung aduan mereka bukti dalam kes-kes terhadap Anwar 10 tahun lalu.
Hakim Komathy kemudiannya menangguhkan prosiding hingga ke hari ini untuk membolehkan kedua-dua pihak membuat persiapan untuk berhujah.
Sementara ini, kawalan keselamatan ditingkatkan di kompleks mahkamah Jalan Duta di mana beberapa buah trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bersiap sedia manakala anggota polis ditempatkan di pelbagai lokasi.
Mereka yang hendak memasuki bilik mahkamah juga perlu menjalani pemeriksaan polis.
Anwar tiba kira-kira jam 9.50 pagi dan masuk ke bilik mahkamah lapan minit kemudiannya. Kes ini dijadual didengar jam 10 pagi.
Pada 7 Ogos lalu, Anwar didakwa atas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Jika didapati bersalah, beliau berdepan dengan hukuman 20 tahun penjara. Anwar kini dibebaskan atas ikatjamin.
Bagaimanapun, para penyokongnya bimbang sekiranya ikatjamin tersebut dibatalkan, mengakibatkan Anwar ditahan di penjara sementara menunggu perbicaraannya - satu proses yang mungkin memakan masa berbulan-bulan.
Bagaimanapun, isu tersebut tidak dibangkitkan dalam prosiding sebelum ini dan ia juga dijangka tidak dibangkitkan hari ini. -Malaysiakini








Berita sedih yang kita terima jam 6.25 petang semalam di mana Allahyarhamah Aina Mardiah Shahrial, 17 meninggal dunia setelah koma akibat terjatuh di rumahnya. Allahyarham merupakan anak mangsa kekejaman ISA kerajaan BN iaitu Shahrial Sirin.
SEPULUH tahun dulu, ketika DSAI digugurkan dari Kabinet BN dan dilucutkan segala jawatannya dalam Kerajaan, Tun Mahathir yang ketika itu adalah Perdana Menteri telah memberitahu kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Kerajaan tiada pilihan selain dari menggugurkan Anwar Ibrahim kerana beliau ialah seorang peliwat. Kata Mahathir, negara tidak boleh menerima seorang peliwat yang mempunyai tabiat yang 'kotor' untuk menjadi pemimpin negara.
Najib yang membuat 
Hampir 60 peratus golongan muda masyarakat Melayu negara ini beranggapan bahawa dakwaan liwat terbaru melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan menghalang kerjaya politik bekas Timbalan Perdana Menteri itu.


KUALA LUMPUR: "Saya bukan gila hendak melompat ke parti yang tidak tentu hala," kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri mengenai dakwaan bahawa beliau adalah antara empat ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan menyertai Parti Keadilan Rakyat dalam tempoh terdekat.
Dakwaan itu dibuat melalui satu artikel oleh penulis yang menggunakan nama Greenboc dalam satu blog hari ini.
Saifudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh juga menafikan dakwaan itu sambil berkata, kesetiaan beliau kepada Umno dan BN tidak berbelah bagi.
Mengikut siaran Berita Buletin Utama TV3, malam tadi, satu EXERCISE BERSATU AMAN diantara pihak Polis dan Tentera, telah dan sedang diadakan, bermula di Lembah Kelang, secara berkala dari masa ke semasa, dan akan disusuli ke seluruh negara tidak lama lagi.
Menarik dalam laporan Agendadaily yang memetik The Star yang melaporkan bahawa bapa saudara Saiful mendakwa Saiful pernah hendak membunuh diri kerana hasrat beliau untuk membuat laporan polis dan melapor kepada pihak kerajaan ditolak Tan Sri Musa Hassan dan pihak kerajaan. Dilaporkan bahawa Saiful telah berkali-kali menghubungi Musa Hassan untuk membuat laporan tetapi Musa Hassan tidak mahu menerimanya dan mengarahkan Saiful supaya tidak lagi menghubungi Musa Hassan.
Nampaknya sejak laporan kes li*at Anwar Ibrahim dibuat 28 Jun lalu, bukan sahaja Anwar yang bersusah payah mempertahankan dirinya kini Najib dan Rosmah pula yang semakin tidak tidur nyenyak. Manakan tidak Anwar semalam membuat kenyataan bahawa Saiful sangat rapat dengan Najib dan Rosmah. 
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) meminta kepada semua rakyat Malaysia supaya tidak menimbulkan situasi huru hara ketika negara ditimpa fitnah yang besar sekali lagi. Tuduhan liwat terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim sekali lagi dicetuskan, sekaligus membuka ‘luka lama’ sepuluh tahun lepas.