Wednesday, July 2, 2008

Protes harga minyak atau Anwar

a

Tarikh himpunan Protes semakin dekat. Jumlah yang disasarkan adalah terlalu besar iaitu satu juta orang. Mampukah jumlah itu dikumpulkan dalam dua tiga hari ini? Sedar atau tidak, mobilisasi Protes tidak diambil pusing oleh kebanyakkan pihak dan perkara ini haruslah dipandang serius oleh semua pendokong Protes.

Petanda awal kegelisahan ini adalah pada 1 Julai lalu. Kenaikkan tariff baru elektrik langsung tidak dipedulikan oleh sesiapa. Semua ini melibatkan tembolok rakyat. Kemarahan rakyat kerana kenaikkan harga minyak dan elektrik harus dicanang, serta dibiarkan menguasai media.

Kita juga memandang serius pada isu liwat melibatkan Anwar Ibrahim. Ianya tengah hangat dan menguasai sebahagian besar dari media yang ada.
Saban waktu media dan rakyat tertumpu pada isu tersebut. Dan ternyata, perangkap ini menjadi hingga menyebabkan perjuangan membela hak 27 juta rakyat menjadi sepi lantaran fokus tertumpu pada Anwar.

Bukan salah Anwar, tetapi fokus kita harus lebih jelas dalam perhimpunan nanti. Maklumat tentang himpunan wajar dilipat gandakan. Populasi kehadiran wajar diusahakan, jika tidak ianya akan menjadi suatu himpunan yang membosankan.

Ramai yang ingin hadir untuk berdemontrasi. Semua ternanti-nanti akan solusi serta pelan membela rakyat yang ingin dihujahkan oleh para pimpinan. Semua ini akan menjadi suatu mimpi seadainya tiada satu pun usaha digerakkan bagi memobilisasi kehadiran rakyat.

Apa Tanggungjawab Anda?

Kepada sahabat-sahabat yang mengetahui himpunan ini, bantulah untuk menyebar luaskan maklumat program ini-

6 Julai 2008 - Ahad - Padang Timur (Sebelah Amcorp Mall) - 10 pagi

Jika tiada gangguan dari Polis, Himpunan akan berlanjutan hingga ke malam dan ucapan Pimpinan akan bersilih ganti dengan persembahan suara rakyat dari pelbagai latar budaya.

Pastikan anda hadir pada hari ahad nanti kerana ianya akan menunjukkan kekuatan rakyat dan ketegasan rakyat dalam menolak sikap degil Kerajaan yang enggan tarik balik keputusan naikkan harga minyak. Mari bersama kita cabar kerajaan…biar mereka dengar dan lihat bagaimana rakyat bersatu untuk hadapi mereka….

Bagaimana Isu Anwar?

Kalau hari ahad adalah untuk rakyat maka selayaknya ia kekal untuk itu. Isu Anwar memang suatu yang kita tidak akan biarkan.

Oleh itu, bagi mereka yang menyokong atau simpati pada Anwar anda bolehlah hadir beramai-ramai ke Masjid Kg. Baru esok (4 Julai 2008 ) untuk menyertai demontrasi aman menyokong Anwar.

Program ini akan berlangsung selepas solat Jumaat anjuran Ikatan Kebajikan Rakyat(IKRAR) dan reformis muda KeAdilan(AMK).

Ini adalah tempat yang sesuai untuk menunjukkan sokongan anda pada Anwar.

Semoga usaha dan kehadiran anda semua dalam kedua-dua program ini akan dipermudahkan Allah. Dan pastikan anda fokus dalam melakukan sesuatu agar kita dapat mencapai matlamat yang dihajati.

Dakwaan liwat: Dua pertiga percaya bermotif 'bunuh' kerjaya politik Anwar'


aHampir 60 peratus golongan muda masyarakat Melayu negara ini beranggapan bahawa dakwaan liwat terbaru melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan menghalang kerjaya politik bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Kajian ringkas kendalian pusat penyelidikan pendapat umum tempatan, Merdeka Center menunjukkan hampir dua pertiga responden yang ditemui awal minggu ini,berusia dalam lingkungan 20-an, berpendapat dakwaan kedua dalam tempoh satu dekad itu bermotifkan politik.

Hanya 11 peratus responden yang tidak bersetuju bahawa isu terbaru yang menyelubungi Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berunsur 'pembunuhan kerjaya politik', kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian kepada mStar Online petang tadi.

Kata beliau, kajian itu melibatkan 225 responden Melayu yang ditemui Isnin dan Selasa lalu iaitu dalam tempoh dua hingga tiga selepas isu tersebut didedahkan oleh media massa.

"Ini kajian ringkas dan data diperoleh ketika isu ini masih baru lagi. Kajian ini akan dikembangkan dan ada kemungkinan pendapat dan pandangan responden boleh berubah berdasarkan perkembangan semasa," tambah beliau.

Kata beliau, kajian ini hanya mengemukakan dua soalan.

Berhubung soalan sejauh mana mereka percaya laporan mengenai isu berkenaan, seramai 49 peratus responden mengatakan tidak percaya sama sekali manakala enam peratus mengatakan bahawa mereka percaya dengan dakwaan itu. Seramai 34 peratus responden mengatakan tidak tahu manakala 11 peratus enggan menjawab soalan berkenaan.

Tahap peratusan ralat kajian adalah kira-kira 6.5 peratus.

Sabtu lalu pembantu khas Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis mendakwa beliau diliwat oleh bekas timbalan perdana menteri itu di sebuah apartmen mewah di Damansara Heights di sini pada 26 Jun lalu.

Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan itu dan berkata ia adalah konspirasi untuk menjatuhkan karier politiknya.

BILA EZAM NAK REPOT

a
Saya tertarik melihat betapa kuatnya Sdr. Ezam bekerja dalam hal repot merepot. Pantang ada isu dia lah yang dulu merepot. Kes terbaru ialah perihal kelakuan pegawai MB yang dikatakan menyalahguna kuasa dalam hal yang sudah dimaklumi umum.

Disini saya menunggu sambil bertanya BILAKAH Ezam akan buat repot kepada BPR perihal kelakuan Musa Hasan dan Gani Petail yang didakwa oleh DSAI menyalah dan menyembunyi fakta kes 1998.

EZAM juga harus repot pada BPR perihal keengganan Bukit Aman yang enggan menerima repot si Mohd Saiful bila dia kena liwat.

Teruskan merepot Ezam...sbb saudara memang pandai merepot.

Bila pula saudara nak repot pasal 6 kotak rahsia yang mengandungi bermacam2 rahsia?????

SUDAHKAH KITA BERSIAP UNTUK KE PJ 6 JULAI INI?

a

Hanya tinggal 3 hari lagi untuk kita semua mangsa kezaliman Umno untuk bersama-sama berangkat ke Padang Timur, Petaling Jaya, Ahad ini. Dengan siapa, dengan apa, pukul berapa kita pergi sepatutnya telah kita aturkan 'siang-siang'.

Kita semua faham perhimpunan ini amat penting untuk menunjukkan bahawa kita semua membantah keputusan kerajaan BN menaikkan harga minyak yang merupakan bala besar kepada seluruh rakyat Malaysia terutama rakyat marhaen yang miskin.

Bilangan peserta yang ramai akan membuktikan bahawa rakyat Malaysia memang peka dan sensitif dengan permasalahan diri sendiri dan orang lain. Bagi yang berpendapatan tinggi dan sederhana yang mana masih cukup makan pakai janganlah kita berpeluk tubuh dan merenung dari jauh sahaja. Walaupun kita masih boleh bertahan dengan bala ini, tetapi kita mesti ingat ibubapa, saudara, adik beradik, kawan-kawan dan jiran kita masih ramai yang menderita akibat bala ini.

Semua ini angkara dan bahana kegagalan kerajaan BN memahami masalah rakyat akibat keborosan dan kecuaian mereka membelanjakan duit rakyat yang menyebabkan peruntukan untuk subsidi minyak dan bantuan lain tiris dan bocor tidak sampai kepada rakyat.

Ayuh mari sama-sama kita berganding bahu menyedarkan adik-beradik, saudara, kawan dan jiran untuk sama-sama hadir di Padang Timur, Petaling Jaya jam 10.00 pagi, 6 Julai ini.

Empat wakil BN tetap sertai Pakatan Rakyat - Azmin Ali

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Hrkh) - Naib Presiden KeADILan yang juga Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali memberitahu bahawa komitmen empat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menyertai Pakatan Rakyat masih diteruskan.

Beliau yang menyatakan bahawa komitmen mereka untuk sertai Pakatan Rakyat masih kuat dan ahli parlimen berkenaan menyatakan sokongan tersebut melalui panggilan telefon kepada beliau baru-baru ini.

Dalam pada itu Azmin turut mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Saifuddin Abdullah berkata ketaatan beliau kepada BN masih tinggi dan tidak akan sertai mana-mana pakatan.

Kata Azmin bahawa sebelum ini, Parti Maju Sabah (SAPP) telah menyatakan untuk setia di belakang Perdana Menteri, namun SAPP juga yang mengumumkan akan melakukan usul tidak percaya kepada Abdullah Badawi.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan ada Ahli Parlimen tidak mahu mengumumkan untuk sertai Pakatan Rakyat pada waktu ini berikutan beberapa insiden khususnya yang melibatkan 'konspirasi' terkini Dato' Seri Anwar Ibrahim

Ismail, Saifuddin nafi sertai PKR


aKUALA LUMPUR: "Saya bukan gila hendak melompat ke parti yang tidak tentu hala," kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri mengenai dakwaan bahawa beliau adalah antara empat ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan menyertai Parti Keadilan Rakyat dalam tempoh terdekat.

Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai sesuatu yang tidak masuk akal, Ismail menegaskan, tidak ada sebarang sebab untuk beliau bertindak demikian.

"Saya kini menteri dalam Kabinet. Saya bukan terencat akal nak masuk parti yang entah apa-apa," katanya ketika menafikan dakwaan dalam satu blog bahawa beliau akan berpaling tadah.

Selain Ismail yang juga Ahli Parlimen Bera, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Saifudin Abdullah turut didakwa seorang lagi wakil rakyat BN yang akan melompat parti.

aDakwaan itu dibuat melalui satu artikel oleh penulis yang menggunakan nama Greenboc dalam satu blog hari ini.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di Parlimen, Ismail berkata, beliau tidak berkawan rapat dengan mana-mana pemimpin PKR termasuk penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata Ismail, beliau tidak faham mengapa namanya dikaitkan dengan isu itu sedangkan beliau seorang pemimpin yang berprofail tinggi.

"Saya bukannya seorang yang berkontroversi. Saya juga bukannya bercadang hendak bertanding apa-apa jawatan penting parti.

"Jadi saya tidak faham mengapa nama saya dikaitkan," katanya sambil menambah, beliau mungkin mengambil tindakan terhadap penulis artikel itu sekiranya beliau dapat mengenal pasti identitinya.

Ismail, yang juga Ketua Umno Bahagian Bera berkata, artikel dalam blog itu sengaja ditulis untuk mengelirukan penyokong BN selain mengalih perhatian rakyat kepada tuduhan liwat yang dihadapi Anwar sekarang.

"Lepas pilihan raya lepas, PKR terutamanya Anwar tak habis-habis dengan pengumuman ada orang (BN) keluar, lompat parti tapi sampai sekarang ia tak berlaku," katanya.

aSaifudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh juga menafikan dakwaan itu sambil berkata, kesetiaan beliau kepada Umno dan BN tidak berbelah bagi.

Katanya, sebagai ahli Umno sepanjang hayat, tidak pernah terlintas di hati beliau untuk menyertai parti lain.

"Saya yakin rakyat terutamanya pengundi-pengundi saya di Temerloh tidak akan percaya kepada spekulasi itu kerana mereka kenal yang saya seorang ahli Umno yang setia sejak dari dahulu lagi.

"Saya dipilih menjadi ahli Parlimen Temerloh atas tiket Umno dan BN kerana itu saya tidak akan menghampakan harapan dan kepercayaan oleh pengundipengundi saya.

"Saya dipilih menjadi Timbalan Menteri pun atas tiket Umno dan BN, dan saya tidak akan menghampakan kepercayaan yang Perdana Menteri telah berikan kepada saya," katanya.

Beliau juga menafikan dakwaan dalam artikel itu bahawa beliau telah mengadakan pertemuan sulit dengan Anwar ketika berada di luar negara baru-baru ini.

"Lebih 10 tahun saya tidak bertemu Anwar. Saya juga telah lama tidak keluar negara," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis artikel itu kerana menghormati hak sesiapa sahaja untuk menyatakan pandangan masing-masing.

Apa yang dimuatkan di dalam artikel itu, katanya, hanyalah spekulasi politik dan ia tidak mengandungi ungkapan yang memburuk-burukkan beliau secara peribadi.

PENGUMUMAN RASMI dr YB Dr Halimah Ali

Pengumuman RASMI dari YB Dr Halimah Ali yang dikeluarkan oleh Suami Beliau "Dr Ahmad Sufian".

Bahawa dimaklumkan YB Dr Halimah Ali tidak pernah meminta sebarang bantuan sebanyak 1,200 Pound Sterling yang juga mengatakan bahawa beliau di London dan hotel yang beliau sewa dirompak. Dimaklumkan juga YB Dr Halimah Ali adalah di Malaysia.

Anda dilarang keras daripada menghantar sebarang no akaun atau memindahkan wang kepada akaun-akaun yang anda rasakan ragu.

Dimaklumkan juga, bahawa email YB Dr Halimah (q_halimah@yahoo.com) telah diceroboh.

Sebarang surat yang sampai ke inbox anda yang memohon bantuan tersebut adalah TIDAK BENAR dan PALSU

Mohon Maaf dan Harap Maklum

Berita dari

Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
Bendahari,Sekretariat Pemuda Dun Selat Klang.
Setiausaha, Jawatankuasa Keselamatan Dun Selat Klang.
http://mdikhmal.blogspot.com

Berita ini telah disampaikan secara panggilan telefon dari suami beliau pada jam 1.43 pagi 3 Julai 2008

Inilah Jawapan Mereka!

Inilah Jawapan Mereka!


Ini Budaya Kita!

Ini Budaya Kita!

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP