PKPIM minta rakyat bertenang
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) meminta kepada semua rakyat Malaysia supaya tidak menimbulkan situasi huru hara ketika negara ditimpa fitnah yang besar sekali lagi. Tuduhan liwat terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim sekali lagi dicetuskan, sekaligus membuka ‘luka lama’ sepuluh tahun lepas.
PKPIM merasakan sudah cukup kita melalui situasi getir dan huru hara ketika fitnah liwat dilontarkan kepada individu Dato Seri Anwar Ibrahim. Perbuatan memfitnah tanpa menghadirkan bukti dan kenyataan yang kukuh merupakan perbuatan yang zalim dan menganiya orang.
Oleh kerana itu, Islam menekankan bahwa tuduhan liwat mestilah didatangkan dengan empat orang saksi dan bersumpah di mahkamah atas nama Allah, jika benar ataupun tidak melakukan perbuatan terkutuk itu. Perbuatan memfitnah merupakan dosa yang dasyat dalam Islam, kerana akhirnya boleh menimbulkan huru hara dalam masyarakat.Perpecahan dan keamanan negara boleh tergugat akibat budaya fitnah menjadi ‘permainan’ politik pemimpin politik. Akhirnya nanti, wujud generasi yang berakar budaya fitnah dalam hidupnya. Makanya, jika budaya fitnah sudah mendarah daging, negara akan kucar kacir dan tidak aman.
PKPIM menggesa kepada pihak berwajb supaya melaksanakan tugas dengan adil dan amanah. Seharusnya laporan liwat terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim bukan satu- satunya isu orang kenamaan yang perlu diberi tumpuan besar. Malah banyak lagi kes melibatkan moral dan akhlak orang kenamaan lain yang turut sepatutnya disiasat. Isu rasuah, salah guna amanah rakyat, keruntuhan akhlak pemimpin dan sebagai tidak harus dipinggirkan.
PKPIM menyeru agar semua umat Islam dapat mendoakan yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia, supaya keadaan sekarang tidak berlanjutan menimbulkan suasana huru hara dan ketidakamanan.
MOHD HILMI RAMLI
Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Anjung Rahmat
Keadaan kini semakin kecoh apabila polis dan FRU bertindak menghalang perarakan aman tersebut yang kini sedang melewati jalan raya di hadapan Sogo.
Pihak SB tersebut meminta Wan Zahari agar menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya.
Selain itu kumpulan NGO yang diterajui golongan muda seperti Karisma, PKPIM, Youth For Change, Dema dan Gamis menyertai program yang bertujuan membantah kenaikan harga minyak.
Ujarnya, tindakan yang dibuat polis secara tiba-tiba ini amat mengecwakan malah melambangkan betapa pasukan polis tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun.
"Ini bukan demonstrasi tetapi merupakan berjalan kaki secara aman untuk memberikan kesedaran kepada rakyat. Dan apabila berkumpul di Sogo, kami akan mengedar risalah mengenai kesan kenaikan harga minyak serta ucapan daripada beberapa orang pimpinan kami," katanya.
"Pada 7 Julai, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan membawa usul bantahan kenaikan harga minyak di parlimen berdasarkan bantahan sejuta rakyat," katanya. 







Pihak media yang tiba seawal jam 9.30 pagi ini dilarang berada di kawasan itu oleh petugas keselamatan Parlimen yang menjelaskan ianya arahan pejabat pentadbiran Parlimen.
Lim berkata menjadi tugas wartawan membuat liputan menteri dan mendapatkan penjelasan mengenai apa-apa dasar yang diumumkan di dalam dewan.
Jawapan Wan Junaidi itu menyebabkan Lim bangkit dan menyeru sekali lagi agar larangan itu dihentikan buat sementara waktu bagi menghormati peranan media yang banyak memberi sumbangan dalam membuat liputan persidangan.
Protes para wartawan itu akan menjejaskan sidang akhbar yang diadakan oleh ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat Kuala Lumpur untuk membincangkan Draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur. Sidang akhbar itu dijadual diadakan di Parlimen pada jam 12.45 tengahari.